Murah Rezeki

Panduan, tips, formula, petua, cara, rahsia murah rezeki, amalan menarik rezeki, doa murah rezeki.

Kelebihan Sedekah Untuk Murah Rezeki

Kelebihan Sedekah Untuk Murah Rezeki. Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana membuka mata hati saya untuk melihat sendiri kebesarannya. Tiada sebab yang kukuh untuk saya terus menulis melainkan untuk perkongsian formula menarik rezeki melimpah ruah bersama rakan blogger dan pembaca setia. Alhamdulillah rupa-rupanya disebalik sedekah tersembunyi formula matematik Allah swt. Maha suci Allah sungguh unik formula ini. Sesungguhnya, janji Allah itu benar.

Kelebihan Sedekah Rahsia Matematik Allah


kisah kucing dan pemilik rezeki

Sebelum ini saya telah menulis tentang Konsep Rezeki. Sudah banyak kisah yang saya dengar tentang kelebihan bersedekah misalnya kisah sedekah si penarik beca. Kisah ini telah berlaku di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.

Seperti biasa, sedekah beliau ialah memberi perkhidmatan menaiki beca percuma setiap kali hari jumaat. Maksudnya beliau tidak mengenakan tambang pada hari tersebut.

Sehinggalah suatu hari seorang wanita kaya menaiki beca beliau untuk ke satu tempat. Setibanya di destinasi, wanita tersebut bertanyakan tambang dan dengan tersenyum si penarik beca tadi menjawab saya tidak mengenakan bayaran pada hari ini.


Wanita tadi masih ragu-ragu dan mengulangi pertanyaan namun begitulah jawapan yang di berikan oleh si penarik beca tadi. Keikhlasan penarik beca tadi telah membuka hati wanita tadi.

Beliau tertarik dengan penarik baca tadi. Dengan penuh keinsafan wanita tadi berkata "Walaupun bapak hidup dalam serba kekurangan tetapi bapak sentiasa bersedekah. Sedangkan saya hidup dengan penuh kemewahan tidak pernah bersedekah.

Dengan hati yang terbuka wanita tadi mengajak penarik beca itu dan keluarga untuk menunaikan haji. Lihat begitu ajaibnya bersedekah. Beribu-ribu rahsia di sebalik sedekah.

ps : perkongsian daripada Ustaz Fathuri Salehuddin penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Formula Matematik Allah Di Sebalik Sedekah.

Subhanallah sungguh ajaib kisah di atas. Besarnya kekuasaaan Allah swt kerana amalan bersedekah. Jadi bagaimana pula dengan Formula Matematik Allah di sebalik sedekah yang dimaksudkan.

Begini.....

Dari kiraan ilmu matematik manusia 1 - 1 = 0. Ini formula ciptaan manusia.

Tetapi formula matematik Allah swt 1 - 1 = 10.

Apa yang mahu di tolak (-) itu adalah sedekah. Maksudnya diberi 1 diganti dengan 10.
Setiap seringgit yang tuan sedekahkan pasti akan digandakan sepuluh kali ganda. Insya Allah

Mari kita amati janji Allah swt :
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6: 160)

Jadi Apa Yang Perlu Dibuat ?


Nanti dulu, sebelum menggunakan formula ini sila patuhi syarat ini iaitu :
  • Yakin
  • Berdoa
  • Beribadat dan
  • Bertindak

Itulah hakikat sedekah. Ianya Ajaib dan syaratnya mesti Yakin. Sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Luas Pemberiannya.

Jadi apabila kita merasa sempit rezeki, segera perluaskan dengan banyak memberi, terus memberi dan memberi. Kerana Allah swt pasti membalasnya.

Sedekah juga merupakan Pelaburan Ghaib. Pulangannya berlipat kali ganda. Datangnya dari arah yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui segala Rahsia Rezeki. Sesungguhnya banyak kelebihan sedekah dan bukan kah sedekah juga dapat menjauhkan kita dari bala.

MasyaAllah sungguh besar dan hebat kuasa dan kelebihan sedekah yang dijanjikan oleh Allah swt. Malah dalam Ebook Rahsia Sedekah turut menyentuh tentang kelebihan sedekah. Mudah-mudahan Pendedahan Rahsia Sedekah dapat membuka kunci kepada kita tentang rahsia-rahsia sedekah.

Sekian sahaja perkongsian dari saya, mudah-mudahan kita semua sentiasa dimurahkan dan dilimpahi rezeki yang berkat. Nak tahu 111 Formula Menarik Rezeki yang melimpah luah --> Baca Formula Rezeki



Sumber Artikel : Blog Azzahairi
0 Komentar untuk "Kelebihan Sedekah Untuk Murah Rezeki"

 
Copyright © 2014 Murah Rezeki - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info